Skip to main content

MPU 2130 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


Pensyarah: Puan wahidah bt mat said

                        RUKUN NEGARA 




1.0 PENGENALAN 

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. 


2.0 DEFINISI 

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, iaitu dengan mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan.


SEBAB RUKUN NEGARA DIPERKENALKAN DAN MENGAPA IA PENTING ?

Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puas hati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.


〰 Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

 

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.



Bagaimana rukun negara menyatukan perpaduan dalam negara Malaysia?

 

📌Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia.

Antara matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan masyarakat Malaysia ke arah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, digariskan lima prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati setiap lapisan masyarakat. Satu daripadanya adalah Keluhuran Perlembagaan.

  • Keluhuran Perlembagaan bermaksud setiap rakyat perlu dan wajar menerima Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
  • Perlembagaan adalah sumber rujukan tertinggi bagi segala hal berkaitan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
  • Peranannya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat mengenai hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai dan memahami maksud serta kandungan dan latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

 📎Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini yang dikenali sebagai kontrak sosial. Menerusi kontrak sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.

📎Orang Melayu pula diperuntukkan dalam Perlembagaan mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai tiang seri dalam Perlembagaan.

📎Penggunaan istilah tiang seri Perlembagaan lebih tepat dan wajar kerana isu agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sering menjadi konflik dalam masyarakat.


Ia menggambarkan pentingnya perkara ini dihayati supaya tidak timbul sebarang pertikaian dalam pelbagai etnik di Malaysia dan berbezanya perkara ini dengan Perlembagaan yang ada di negara lain.



 

KESAN RUKUN NEGARA KEPADA BANGSA DAN NEGARA

 

Kebanyakan masyarakat Malaysia hanya mengenali Rukun Negara sekadar prinsip semata-mata dan tidak mengetahui maksud dan tujuan rukun dibuat serta mengabaikan falsafah kebangsaan ini terlalu lama.

Oleh itu, pengabaian terhadap rukun negara dalam masyarakat Malaysia memberi banyak kesan.

👉 Sikap bersopan santun dan bersusila dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di negara ini akan kurang.

  👉 Sikap perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat akan kurang antara satu sama lain.

  👉Jika masyarakat tidak menghormati undang-undang and tidak mematuhi undang-undang negara, negara kita akan tidak bersistematik dan stabil.

 

 KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.


 Oleh group 3, Nurul syamirah bt abd manas (f2055), Nurul amirah bt mohd yusoff (f2014), Siti Aisyah Mohd Farish (f2034) , Husniyatinisa (f2042) Preveena A/P Haridass 02DSK20F2049

 

Comments